SEJARAH
SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN PAK BADOL
SEBAB-SEBAB NAMA ITU DIPILIH
Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badol adalah hasil urutan nama Sekolah Menengah Pak Badol. Pak Badol adalah gelaran yang diberi kepada salah seorang peneroka awal Kampung Pak Badol. Beliau telah membuka kampung ini kira-kira 200 tahun yang lalu. Sempena nama kampung ini lahirlah 5ekolah Menengah Pak Badol.
TARIKH NAMA ITU DIGUNAKAN
Sekolah Menengah Pak Badol mula diperkenalkan pada Januari 1965. bari tahun 1965 hingga 1976, sekolah ini diberi name Sekolah Menengah Rendah Pak Badol. Ini disebabkan pelajar-pelajar di sini belajar dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga sahaja. Untuk peringkat menengah atas, mereka melanjutkan pelajaran ke SIMP, Sekolah Menengah Kamil, Sekolah Menengah Ketereh dan Sekolah Menengah Melor.
Pada tahun 1977 Sekolah Menengah Pak Badol mendapat bangunan sendiri. Perasmiannya berlangsung pada 28 Februari 1978 oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu Data' Musa Hitam. Pada tarikh tersebut Sekolah Menengah Rendah Pak Badol dinaikkan taraf menjadi Sekolah Menengah Gred'A'. Pada tahun 1998 Sekolah Menengah Pak Badol sebagaimana sekolah-sekolah lain diseluruh negara dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badol.
AnjungSMKPB







